Hotel di rumah agam bersejarah di Venice

| Hotel 4 bintang di Venice istana bersejarah mengalu-alukan kedatangan ke rumah elegan bersejarah di Venice

Hotel Romantik di Venice
Hotel Memikat Hati di Venice

Panduan Venice

Panduan pelancong yang sentiasa dikemaskinikan, penuh dengan informasi, cadangan dan fakta-fakta menarik ini merupakan satu sumber rujukan yang terbaik untuk merancang perjalanan anda dan dibawa bersama anda semasa anda mengunjungi Venice dan kawasan sekitarnya...



Hotel Memikat Hati di Venice

Keluarga

Keluarga Pasotto telah menguruskan Hotel Giorgione sejak 20 tahun lalu dengan penambahbaikan terhadap hospitaliti, dari tahun ke tahun...

Hotel Memikat Hati di Venice

Galeri Foto: Sejarah

>>

Kini

Pada usia 95 tahun, Ilde meninggalkan hotel anak saudara beliau Cecilia Dolcetti. Suami Cecilia, seorang usahawan berjaya Luciano Pasotto telah memulihara dan menukarkan hotel kepada kediaman bertaraf 4 bintang.

Sejarah

Bangunan lama di Venice di mana sejarah terungkai di Hotel Giorgione, sebuah kediaman usang bertaraf 4 bintang terletak di bandar Cannaregio yang merupakan lambang hospitaliti Venetian. Kisah romantik yang mengasyikkan dan...menyeronokkan.

Kisah Hotel Giorgione bermula di gudang Calle dei Frati ai Santi Apostoli, yang asalnya digunakan untuk menyimpan gula-gula yang dihasilkan oleh keluarga Dolcetti di Venice. Pada abad ke 19, bangunan ditukarkan menjadi Hotel, menyediakan sebuah penginapan indah dan gelanggang bocce.   

Penghujung abad ke 19, pembelian rumah di sebelah gudang membolehkan perkembangan hotel, yang ditukarkan namanya ke Giorgione Hotel bersempena nama artis terkenal pada masa itu: pelukis Giorgione, seorang yang memiliki perwatakan menarik dan aristokrasi Venetian.

Terletak di bandar kosmopolitan Venice, ia diuruskan oleh Giovanni Dolcetti, pakar seni dan lukisan connoisseur yang menukarkan hotel kepada penginapan pilihan para cendikiawan, diplomat, pelawat asing dan menawarkan kemudahan moden dalam bilik seperti berada ‘di rumah.’

Masa berlalu, pengurusan hotel diwarisi oleh Ilde Scarpa dan suami Gustavo Dolcetti, yang mengambil alih dari abangnya Giovanni, yang mati pada usia muda, telah menyerahkan tugas kepada isteri beliau untuk menaikkan reputasi hotel.

Ilde yang bijak, muda dan berpendidikan berjaya menukarkan Hotel Giorgione, sentiasa mengekalkan tahap perkhidmatan yang cemerlang, para pelanggan bagaikan ‘tetamu hotel’, teman sejati yang pulang untuk menikmati segala tarikan di Venice. Perkhidmatan terbaik ini masih kekal di Hotel Giorgione.