Hotel Rialto Venice

| Hotel berhampiran Kasino Venice antara hotel di Rialto di Venice

Hotel Romantik di Venice?
Hotel Memikat Hati di Venice

Panduan Venice

Panduan pelancong yang sentiasa dikemaskinikan, penuh dengan informasi, cadangan dan fakta-fakta menarik ini merupakan satu sumber rujukan yang terbaik untuk merancang perjalanan anda dan dibawa bersama anda semasa anda mengunjungi Venice dan kawasan sekitarnya...

Hotel Memikat Hati di Venice?

Cetal peta dalam format PDF

Jika anda tidak boleh membaca dokumen PDF, muat turun Acrobat Reader.

Galeri Foto: Bandar

>>

Arah

DENGAN KERETA: Letakkan kenderaan anda di ruang parkir Tronchetto (selepas jambatan panjang della Libertà, di sebelah kanan anda) atau di garaj piazzale Roma, terminal bas dan kereta. Kedua-duanya dari Tronchetto dan piazzale Roma teruskan perjalanan dengan teksi air atau bot Actv, baris 1 Lido (dari Tronchetto ambil 2 dan tukar di piazzale Roma dengan baris 1 Lido), dan berhenti di hentian Ca' d'Oro.
Hotel Giorgione hanya 5 minit perjalanan: susuri jalan kecil di depan anda, belok ke kanan ke jalan Strada Nuova. Apabila tiba di Santissimi Apostoli, di hadapan sebelah kanan anda akan lihat Hotel Giorgione.


DENGAN UDARA: Daripada lapangan terbang Marco Polo Venice (13 kilometer dari Venice)
Anda boleh menaiki bas di piazzale Roma (terminal bas dan kereta) dan teruskan perjalanan seperti dinyatakan di dalam “DENGAN KERETA”.
Atau, ikut tanda isyarat ke arah dok, di mana anda boleh menaiki teksi air selama 20 minit yang akan membawa anda terus ke hotel, atau feri awam Alilaguna Blu yang akan tiba di hentian Fondamenta Nuove kira-kira 40 minit.
Jalan kaki di sebelah kanan bahagian, seberangi jambatan, belok ke kanan ke salizzada dei Spechieri dan terus ke hadapan antara jalan sempit, padang dan jambatan sehingga anda tiba di rio terà Santi Apostoli di mana di sebelah kanan anda akan menyeberangi calle larga dei Proverbi. Anda telah tiba.
Daripada lapanagan terbang Canova di Treviso (30 kilometer dari Venice)
Naik bas ke piazzale.
Roma (terminal bas dan kereta). Dari piazzale Roma teruskan perjalanan seperti yang dinyatakan di “DENGAN KERETA / piazzale Roma.


DENGAN KERETAPI: Dari semua arah, tiba di stesen keretapi Santa Lucia. Berhadapan dengan stesen tersebut, naik teksi air atau bot Actv, baris 1 Lido, menuju ke arah Rialto / San Marco dan turun di Cà d’Oro. Dari sini teruskan perjalanan seperti yang dinyatakan dalam “DENGAN KERETA / hentian Cà d’Oro.

Lokasi

Di tengah-tengah ketenangan bandar Venice, di daerah Cannaregio (yang dinamakan sempena Terusan Regio yang menyambungkan Terusan Grande ke Laguna), di tengah keaslian bandar Venice, Hotel Giorgione berhampiran Rialto dan Cà d'Oro dan sangat hampir dengan piazza San Marco.

Dari hotel anda boleh tiba di Ponte di Rialto dalam hanya 5 minit, iaitu sebuah pusat komersial Venice, terdapat kedai pembuatan emas dan cenderahati di bawah jambatan. Juga terdapat pelbagai pasar buahan dan sayuran beraneka warna serta gerai ikan segar di kaki jambatan.

Piazza San Marco hanya terletak 10 minit berjalan kaki sepanjang jalan sempit dan pusat membeli-belah kecil, yang dipenuhi dengan kedai dan butik untuk aktiviti membeli-belah yang elegen dan istimewa. Pusat keagamaan dan pernah menjadi pusat pemerintah Serenissima (Republik lama Venice), piazza San Marco sentiasa mengujakan. Gereja San Marco, yang dipamerkan di arked Procuratoria dan Basin San Marco, perspektif kelima yang hebat di antara Palazzo Ducale (Istana Doge) dan Libreria Marciana (Perpustakaan Marciana), juga tidak harus dilupakan.

  • Hotel Memikat Hati di Venice
  • Hotel Memikat Hati di Venice

Hotel Giorgione berhampiran dengan keagungan seni karya yang kurang dikenali dan bersejarah di bandar itu, namun kaya dengan tarikan yang tiada bandingannya. Ia tidak harus dilupakan semasa percutian anda di hotel di Venice dan termasuk : Kasino Venice, terletak di Cà Vendramin Calergi, senibina yang paling indah pada abad keenam belas di Venice, juga Muzium Wagner (komposer terkenal berbangsa Jerman yang tinggal dan meninggal dunia di sini pada tahun 1883); dan juga gereja Santa Maria dei Miracoli, yang diperbuat jubin polikrom Renaissance yang indah.

Hotel Giorgione merupakan antara hotel 4 bintang di Venice yang terkenal, kerana ia terletak hanya 300 meter dari hentian bot Cà d’Oro dan Fondamenta Nuove. Dengan menaiki bot dari Cà d'Oro, di sepanajang Terusan Grand, anda tiba di Gallerie dell'Accademia (Galeri Akademi) (di mana anda boleh dapati lukisan oleh Giorgione, karya agung pelukis Venetian pada abad keenam belas. Hotel tersebut dinamakan sempena dengan nama beliau), di Koleksi Peggy Guggenheim dan Giardini della Biennale. Dengan menaiki bot dari Fondamenta Nuove anda tiba di pulau indah Laguna, Murano, Burano dan Torcello.

Hotel Memikat Hati di Venice