Tempahan

Sejarah

Para tetamu yang tiba di meja penyambut tetamu Hotel Giorgione merasakan seperti seorang “tetamu” yang sebenar. Sebab inilah yang mendorong keluarga Pasotto meneruskan tradisi lama mereka, yang menjadikan tempat ini sebuah kediaman yang selesa serta menyambut mesra kedatangan sesiapa sahaja, semenjak 1800-an lagi.

Hotel Giorgione

Bangunan lama di Venice di mana sejarah terungkai di Hotel Giorgione, sebuah kediaman usang bertaraf 4 bintang terletak di bandar Cannaregio yang merupakan lambang hospitaliti Venetian. Kisah romantik yang mengasyikkan dan…menyeronokkan.

Kisah Hotel Giorgione bermula di gudang Calle dei Frati ai Santi Apostoli, yang asalnya digunakan untuk menyimpan gula-gula yang dihasilkan oleh keluarga Dolcetti di Venice. Pada abad ke 19, bangunan ditukarkan menjadi Hotel, menyediakan sebuah penginapan indah dan gelanggang bocce.

Penghujung abad ke 19, pembelian rumah di sebelah gudang membolehkan perkembangan hotel, yang ditukarkan namanya ke Giorgione Hotel bersempena nama artis terkenal pada masa itu: pelukis Giorgione, seorang yang memiliki perwatakan menarik dan aristokrasi Venetian.

Terletak di bandar kosmopolitan Venice, ia diuruskan oleh Giovanni Dolcetti, pakar seni dan lukisan connoisseur yang menukarkan hotel kepada penginapan pilihan para cendikiawan, diplomat, pelawat asing dan menawarkan kemudahan moden dalam bilik seperti berada ‘di rumah.’

Masa berlalu, pengurusan hotel diwarisi oleh Ilde Scarpa dan suami Gustavo Dolcetti, yang mengambil alih dari abangnya Giovanni, yang mati pada usia muda, telah menyerahkan tugas kepada isteri beliau untuk menaikkan reputasi hotel.

Ilde yang bijak, muda dan berpendidikan berjaya menukarkan Hotel Giorgione, sentiasa mengekalkan tahap perkhidmatan yang cemerlang, para pelanggan bagaikan ‘tetamu hotel’, teman sejati yang pulang untuk menikmati segala tarikan di Venice. Perkhidmatan terbaik ini masih kekal di Hotel Giorgione.

Kini

Pada usia 95 tahun, Ilde meninggalkan hotel anak saudara beliau Cecilia Dolcetti. Suami Cecilia, seorang usahawan berjaya Luciano Pasotto telah memulihara dan menukarkan hotel kepada kediaman bertaraf 4 bintang.

Keluarga Pasotto telah menguruskan Hotel Giorgione sejak 20 tahun lalu dengan penambahbaikan terhadap hospitaliti, dari tahun ke tahun…

Keluarga

Pemilik Hotel Giorgione, Keluarga Pasotto, sangat menitik beratkan sambutan dan layanan para tetamu yang datang ke kediaman bersejarah ini, yang unik berbanding hotel lain di Venice.

Hotel Giorgione, yang telah ditranformasi menjadi sebuah hotel 4 bintang oleh keluarga Pasotto, telah diubah suai struktur bangunannya dengan begitu menarik, dengan penambahan laluan ke paras loteng baru, yang boleh dimasuki menggunakan 2 lif dengan barisan bilik yang menawan bersama anjung berbumbung.

Kerja membaik pulih yang dibuat baru-baru ini membolehkan laman dalam, yang sungguh mengagumkan dengan tab urutan hidro air masin emosian yang merupakan ciri-ciri eksklusif di pusat bersejarah Venice, dihasilkan oleh gerak hati yang bijak bagi pembukaan semula bar wain “Osteria Enoteca Giorgione”, yang diuruskan secara berasingan di bangunan bersebelahan, adalah tarikan utama bagi para pelancong dan orang setempat yang gemarkan juadah yang lazat.

Hari ni, tetamu yang menginap di Hotel Giorgione akan melihat pelbagai aktiviti pengubahsuaian untuk menaik taraf, menghias dan menghasilkan ruang dalaman yang hebat agar anda berasa seperti berada di ‘rumah’ berbanding di hotel. Setiap bilik dilengkapi dengan kelengkapan moden yang selesa dan perkhidmatan disediakan oleh pekerja pelbagai bahasa yang sangat profesional.

Galeri Foto