Hotel berhampiran Dataran Saint Marc di Venice

| Hotel berhampiran Dataran Saint Mark Square dan Palazzo Ducale di Venice

Hotel Romantik di Venice
Hotel Memikat Hati di Venice

Panduan Venice

Panduan pelancong yang sentiasa dikemaskinikan, penuh dengan informasi, cadangan dan fakta-fakta menarik ini merupakan satu sumber rujukan yang terbaik untuk merancang perjalanan anda dan dibawa bersama anda semasa anda mengunjungi Venice dan kawasan sekitarnya...

Kediaman bersejarah di Venice

Hotel Pesona di Venice

Hotel Giorgione merupakan kediaman bersejarah di Venice di mana pemilik menjaga dan menguruskannya seperti kediaman mereka sendiri. Hotel ini adalah salah satu hotel 4 bintang yang berhampiran dengan Casinò di Venezia (Kasino di Venice) amat dihargai kerana mengekalkan keindahan ciri-ciri kediaman klasik Venice. Ia mempunyai ruang yang luas dan halaman dalaman (satu keistimewaan unik bagi sesebuah hotel di Venice), sebuah oasis damai yang membolehkan anda menghabiskan masa lapang anda dengan aman di situ.

Tujuan utama Hotel Giorgione adalah memenuhi impian para tetamunya untuk menginap di sebuah kediaman bersejarah Venice, di dalam sebuah bangunan bersejarah di Venice.

Galeri Foto: Hotel

>>

Galeri Foto: Sejarah

>>

Giorgione, pakar seni dan puisi

Zorzi da Castelfranco, seorang bangsawan Venetian, yang mengajak Giorgione mengunjungi istana dan villa, merupakan seorang pengkarya lukisan, sering bermurung dan bermisteri ini telah memri satu revolusi seni Venetian semasa penghujung abad kelima belas dan permulaan abad keenam belas.

Hotel Giorgione memiliki koleksi salinan cetakan dan hasil karya beliau yang unik dan jarang dilihat, yang dipamerkan di ruang tamu hotel, dengan lukisan asal Gallerie dell'Accademia yang bertajuk Tempesta (Storm), la Vecchia e la Sacra Conversazione (Perutusan Lama dan Suci): kami syorkan agar anda melawati galeri tersebut semasa penginapan anda di Hotel Giorgione, bagi menghargai kebudayaan, kesenian dan sejarah Venice.

Perkhidmatan

Hotel Giorgione merupakan lambang layanan mesra yang disediakan oleh keluarga tersebut.

Setiap bilik, perkhidmatan, keselesaan yang ditawarkan di hotel ini adalah matlamat utama yang ingin dikongsi dengan tetamu yang menginap di kediaman bersejarah Venetian, di mana semuanya diuruskan dengan baik dan tetamu sentiasa seperti berada di rumah.

Hiasan Venetian tradisional, dilengkapi dengan perabot dan barangan antik, fabrik berharga serta lampu Murano yang cantik, menjadikan ruang rehat, makan serta setiap bilik di Hotel Giorgione tersergam indah.

Laman Venetian dihiasi dengan air terjun yang besar, menyambut kedatangan tetamu ketika sarapan pagi dan suasana makan malam dengan cahaya lilin.

Bagi tetamu yang ingin mencuba hidangan enak serta arak yang hebat, hotel ini menyediakan restoran – kedai arak "Osteria Giorgione", bersebelahan hotel, di mana pakar masak menyajikan hidangan Venetian yang istimewa dan tradisional.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hotel Giorgione merupakan perkhidmatan hotel 4 bintang bertaraf antarabangsa di Venice: dari perkhidmatan dobi hingga akses internet dan 24J penyambut tetamu, serta bilik dengan kolam mandi dsb.
Serta ruang menyambut tetamu yang sentiasa disediakan bagi membantu anda dalam merancang perjalanan ke bandar dengan lebih baik.

  • Hotel Memikat Hati di Venice
  • Hotel Romantik di Venice

Perkhidmatan

  • 24J Penyambut Tetamu
  • · Internet
  • · Lif
  • · Bar
  • · Sarapan Pagi
  • · Perkhidmatan dobi
  • · Informasi pelancong
  • · Tempahan untuk mengelakkan kesesakan di muzium dan monumen

Hotel

  • Laman
  • · Taman
  • · Anjung
  • · Dewan
  • · Bilik dengan kolam mandi
  • · Ruang makan