Hotel Romantik di Venice
Hotel Memikat Hati di Venice

Panduan Venice

Panduan pelancong yang sentiasa dikemaskinikan, penuh dengan informasi, cadangan dan fakta-fakta menarik ini merupakan satu sumber rujukan yang terbaik untuk merancang perjalanan anda dan dibawa bersama anda semasa anda mengunjungi Venice dan kawasan sekitarnya...

Pandangan berbeza

Hotel Memikat Hati di Venice

Para tetamu yang tiba di meja penyambut tetamu Hotel Giorgione merasakan seperti seorang "tetamu" yang sebenar. Sebab inilah yang mendorong keluarga Pasotto meneruskan tradisi lama mereka, yang menjadikan tempat ini sebuah kediaman yang selesa serta menyambut mesra kedatangan sesiapa sahaja, semenjak 1800-an lagi.

Keluarga

Pemilik Hotel Giorgione, Keluarga Pasotto, sangat menitik beratkan sambutan dan layanan para tetamu yang datang ke kediaman bersejarah ini, yang unik berbanding hotel lain di Venice.

Hotel Giorgione, yang telah ditranformasi menjadi sebuah hotel 4 bintang oleh keluarga Pasotto, telah diubah suai struktur bangunannya dengan begitu menarik, dengan penambahan laluan ke paras loteng baru, yang boleh dimasuki menggunakan 2 lif dengan barisan bilik yang menawan bersama anjung berbumbung.

Pengubahsuaian ini juga membolehkan pembukaan semula laman dalaman yang unik dan permai, hasil idea kreatif yang sama membawakan keindahan "Osteria Enoteca Giorgione" ke bangunan sebelah. Ia diuruskan secara tersendiri, hidangan di hotel/arak tradisional disediakan untuk pelancong serta penduduk tempatan yang gemarkan makanan lazat.

Hari ni, tetamu yang menginap di Hotel Giorgione akan melihat pelbagai aktiviti pengubahsuaian untuk menaik taraf, menghias dan menghasilkan ruang dalaman yang hebat agar anda berasa seperti berada di ‘rumah’ berbanding di hotel. Setiap bilik dilengkapi dengan kelengkapan moden yang selesa dan perkhidmatan disediakan oleh pekerja pelbagai bahasa yang sangat profesional.